f iqawangi: Siapa yang patut bayar zakat?

Jumaat, Julai 11, 2014

Siapa yang patut bayar zakat?

siapa yg patot byr zakat? checkitout 
-ambiltahu-

1. Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.



2. Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.

3. Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.

4. Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.

5. Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.

6. Ibu bapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.

7. Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.

8. Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerja). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.

9. Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.

10. Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.

11. Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuwan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375].

12. Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.

13. Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.

14. Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.

15. Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta .
Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang danmemberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya! (Maryam 19:55) |



Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. (Luqman 31:4) |
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:277) |






thanks to : http://blogajim.wordpress.com/2011/08/09/golongan-yang-wajib-menunaikan-zakat-fitrah/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

simuncet dan sitembab..

Daisypath Anniversary tickers